Pages

21 December 2012 Adalah Hari Kiamat ?

Assalamualaikum .


Sebut je 2012 , mesti ramai bayangkan Hari Kiamat aka Doomsday , ni kan ? Tarikh 21 December 2012 merupakan hari yang paling ditakuti oleh ramai orang terutama orang-orang yg mempercayai kemusnahan dunia secara besar-besaran akan berlaku pada hari ini iaitu mengikut ramalan di dalam kalendar Mayan oleh kaum Mayan .

Ramai manusia dari seluruh dunia telah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai barang keperluan asas seperti makanan dan minuman yang banyak . Mereka juga membina rumah dan tempat tinggal yang lebih kukuh untuk menghadapi "Hari Kiamat" ini .Contohnya seperti gambar di bawah .


Bahagian dalam "Pods"

Seorang petani bernama Liu Qiayun berposing dengan sebuah "Pods"  miliknya.


Beliau bukan shj membina satu tetapi TUJUH pods yg berharga $48,000 setiap satu . Wahh , darab 48,000 dengan 7 . Dah bape dah tuu ? (Malas lahh nak kira . Haha). "Pods" ini juga lengkap dengan bekalan oksigen dan air . Ia juga dikatakan merupakan "pods" yg mempunyai kalis Tsunami . Tidak lupa juga disediakan tali pinggang untuk  menghadapi ribut taufan yg bakal melanda .

Bagaimana sepekulasi hari Kiamat bermula ?

Ada banyak sebab sebenarnya , antara contohnya :

1) Kaum Mayan telah meramalkan bahawa pada tarikh 21 December 2012 akan berlakunya kemusnahan dunia dan ALIEN lah satu-satunya makhluk yang akan datang membantu manusia menghadapi hari tersebut.

- Sebenarnya kiraan kalendar kaum Mayan telah habis selepas 21 December 2012 , itu lah sebab mereka membuat andaian bahawa dunia akan menghadapi kemusanhan dan alien akan tolong membantu .

2) Dikatakan Planet Nibiru atau Planet X akan menghampiri bumi lalu menyebabkan kemusnahan besar-besaran .

-Haa , ini memang telah disangkal oleh NASA . NASA mengatakan takkan ada mana-mana planet atau objek di angkasa lepas yang akan menghampiri bumi secara dekat hingga menyebabkan kerosakan pada dunia . Planet Nibiru dan Planet X tidak wujud pun dan rekaan semata-mata . Kalau betul ada planet sedang menghampiri Bumi sekrang ini , mestilah kita akan nampak planet tersebut sekarang oleh kerana saiznya yg besar .

3)Matahari,Bintang dan Bumi akan berada dalam satu garisan lurus lalu menyebabkan bumi  akan bergelap pada 23 Dec-25 Dec .

-Nasa mengatakan tidak ada sebarang garisan lurus akan berlaku dalam beberapa dekad seterusnya dan jikalau ia berlaku pun ia tidak akan langsung memberikan apa-apa kesan pada dunia . Pernah berlaku pada 1962 , 1982 dan 2000 tetapi takda apa-apa kesan buruk terhadap bumi .

4)Terdapat spekulasi mengenai meteor atau asteroid yang akan melanggar Bumi pada 2012 .

-Nasa berkata , memang selalu ada cerita mengenai Bumi satu hari nanti akan dilanggar meteor dan asteroid yang akhirnya menyebabkan kematian manusia secara besar-besaran . Meteor dan Asteroid memang pernah masuk ke dalam Bumi tetapi secara kecil-kecilan shj . Paling besar pernah berlaku iala 65 juta tahun dahulu iaitu sewaktu zaman dinosaur ditamatkan . NASA juga selalu memerhati sebarang pergerakan Meteor dan Asteroid menghampiri Bumi dan keputusanya tidak ada yang membahayakan terhadap kita .

5)Diramalkan pada 2012 terdapat bahaya yang akan berlaku oleh aktiviti Solar Gergasi .

-Pihak NASA menjawab , aktiviti solar memang sentiasa berlaku setiap tahun dan kemuncaknya ialah setiap 11 tahun . Apabila aktiviti ini berlaku akan terdapat gangguan pada sistem alat telekomunikasi dan satelit , tetapi tidak lah sampai menganggu manusia .

sumber : SINI
So , macam mana ? Masih percaya lagi dengan "Hari Kiamat" ni ? Kalau tak percaya tu memang bagus lah tapi kalau sesiapa yg percaya , kita kena ingat sbg orang Islam , kita patutnya tahu tanda-tanda Hari Kiamat . Antara tanda-tandanya ialah Palestin akan merdeka , Nabi Isa akan turun ke Bumi . Belum berlaku lagi semua tu kan ? So , mestilah tak akan kiamat dan hanya ALLAH SWT je yg tau bile akan berlakunya Hari Kiamat bukan orang kampung Mayan tu . Selamat beramal :)

12 comments:

  1. dia orang ni ntah apa-apa je kn. tk ada kerja langsung. seolah-olah nak menentang kekuasaan Allah , sebabnya diaorang bukan beragama Islam (agaknya) ... wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah saya rase sbb dorang kan bukan orang Islam . Kalau orang Islam , mesti dorang dah tahu yg kiamat takkan berlaku selagi belum berlakunya tanda-tanda kiamat , contohnye turunya Nabi Isa .

      Delete
  2. 21 december dah lepas...mcm mna ye perasaan dorang sekarang..wahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha , tulah pasal , kecoh kemain lagi kan , sekali tu bukanye jadi pape pun XD

      Delete
  3. 21.12.2012 dah lepas. agak-agak apa perasaan diorang. yang beli pods mahal-mahal tu. tak terasa membazir ke ? bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha , yelahh membazir je kan , pods tu bg main jadik bola sepak je larhh :P

      Delete
  4. hari ni dh 22hb..kepercayaan dorg...kita org Islam mmg tak ptut percaya..Allah je tau bila nk kiamat..hehe
    #dorg egt bt pods bagai tuh boleh selamat dr kiamat ke?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela , Allah je yg tau kan . Dorang percaya dekat orang Mayan tu buat ape , dorang men tilik2 je , omputih cpt sgt percaya .
      #Buat pods harge beribu-ribu akhirnya mbazir jugak :)

      Delete
  5. pods tu kalo wat tempat lepak, best jugak uhhh... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha , boleh kak boleh . 48,000 dollar satu . harga yg berpatutan!

      Delete
  6. Replies
    1. Itu lah psl , macam-macam lah idea ngarut dorang . Huhu

      Delete

ஐ Jangan lupa tinggalkan comment di sini ok !

❤ COPYRIGHT OF COOKIEKRUNCH . BLOGSPOT . COM ❤ OWN BY MISS ENA