Pages

Pulau Kucing Dan Pulau Arnab

Assalamualaikum

Hari ini saya nak tulis pasal Pulau Kucing dan Pulau Arnab . Ehh wujud ke pulau-pulau ni ? Atau pulau ni sekadar nama je ? 
Jawapanya ialah YA memang wujud pulau-pulau ni . Pulau Arnab dan pulau Kucing adalah antara pulau yang dimana jumlah haiwan lebih banyak daripada jumlah peduduk manusia .

1) PULAU KUCING

Spesialnya kucing kat sana


Kebanyakan manusia di negara-negara lain akan mengambil keputusan untuk mengkasi atau membuang ehem-ehem kucing tetapi tidak di Pulau Tashiro-Jima , Jepun atau lebih dikenali sebagai Pulau Syurga Kucing .  Pulau ini mempunyai penduduk seramai 100 penduduk tetap dan beratus ratus ekor kucing .

Ia bermula pada tahun 1800 apabila Pulau Tashiro-Jima merupakan tempat yangterkenal oleh nelayan untuk berehat semalaman . Kucing-kucing tersebut akan mengikut kemana sahaja nelayan itu pergi dan lama-kelamaan nelayan-nelayan tersebut pun terjatuh hati kepada kucing-kucing tersebut . Nelayan-nelayan itu juga melihat pergerakan dan tingkah laku kucing untuk menentukan ramalan cuaca dan pegerakan ikan di laut .
Mereka juga percaya dengan memberi makan kepada kucing-kucing tersebut akan meningkatkan hasil tangkapan mereka dan kepercayaan itu kekal sehingga kini .

Pada Mac 2011 telah berlaku gempa bumi dan tsunamiyang dijangka akan menenggelamkan pulau tersebut , Tetapi , (Alhamdulillah!) , penduduk tempatan dan kucing-kucing tersebut dapat mengharungi bencana tersebut dan hanya kekurangan makanan . Agensi yang berkaitan telah pun memberi bantuan kepada penduduk dan kucing-kucing tersebut .

Pada hari ini pulau Tashiro-Jima boleh dilawati dengan menaiki feri dan terdapat banyak kucing-kucing peramah yang akan menanti anda di sana - terutama kalau bawa makanan !


2) PULAU ARNAB


Pemandangan di atas ni selalunya kita nampak ada kucing/anjing tpi kali ni arnab pulak , kan ?
Pulau Arnab atau nama sebenarnya Pulau Okunushima adalah sebenarnya merupakan tempat dimana tentera Jepun menghasilkan gas beracun dan ditakuti ramai  , sehingga kini kita masih dapat melihat tinggalan kilang-kilang tersebut .

Pulau Okunushima merupakan antara pulau yang ramai dikunjungi para pelancong oleh keindahan alamnya tetapi kebanyakannya datang untuk memberi makanan kepada arnab-arnab tersebut .

Sebelum pulau Arnab ini mendapat namanya, pulau ini sebenarnya meupakan tapak untuk kilang-kilang menghasikan gas beracun . Pada 1929-1945 , kira-kira 6,000 dihasilkan di sana  dan penghasilanya dilakuksan secara rahsia. Selama 16 tahun , pulau Okunushima dilenyapkan dari peta dunia dan kebanyakan gas beracun tersebut digunakan dalam peperanan sewaktu Jepun beperang dengan China dahulu .

Terdapat dua versi bagaimana arnab di sana wujud dan berkembang ,dikatakan arnab-arnab tersebut sebenarnya dijadikan bahan ujikaji dann dilepaskan seleps Perang Dunia ke-2 tamat manakala versi kedua dikatakan bahawa sebuah rombongan kanak-kanak telah melepaskan 8 arnab pada 1971 .

Walauapapun versi yang dikatakan , arnab tersebut telah membiak dengan banyak dan sekarang ini mempunyai populasi lebih 300 ekor .

Walaupun  terdapat banyak arnab liar berkeliaran di pulau tersebut , kebanyakan arnab tersebut adalah jinak dan selalunya akan datang kepada manusia dan melompat di ata riba mereka . Mereka juga sangan gemarkan lobak merah dan kobis untuk dimakan .

Untuk keterangan lebih lanjut sila pergi ke : Lawatan ke Pulau Arnab


Perasan tak kedua-dua pulau ni berada di Jepun ? Mungkin orang Jepun adalah "animal lovers" . Insyallah , satu hari nanti saya nak melancong ke Jepun dan kedua-dua pulau ni akan ada di dalam senarai "A Place Must To Go" saya di Jepun . Terima kasih kerana membaca !

No comments:

Post a Comment

ஐ Jangan lupa tinggalkan comment di sini ok !

❤ COPYRIGHT OF COOKIEKRUNCH . BLOGSPOT . COM ❤ OWN BY MISS ENA