Assalamualaikum .
Sebut je 2012 , mesti ramai bayangkan Hari Kiamat aka Doomsday , ni kan ? Tarikh 21 December 2012 merupakan hari yang paling ditakuti oleh ramai orang terutama orang-orang yg mempercayai kemusnahan dunia secara besar-besaran akan berlaku pada hari ini iaitu mengikut ramalan di dalam kalendar Mayan oleh kaum Mayan .
Ramai manusia dari seluruh dunia telah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai barang keperluan asas seperti makanan dan minuman yang banyak . Mereka juga membina rumah dan tempat tinggal yang lebih kukuh untuk menghadapi "Hari Kiamat" ini .Contohnya seperti gambar di bawah .
Bahagian dalam "Pods" |
Seorang petani bernama Liu Qiayun berposing dengan sebuah "Pods" miliknya. |
Bagaimana sepekulasi hari Kiamat bermula ?
Ada banyak sebab sebenarnya , antara contohnya :
1) Kaum Mayan telah meramalkan bahawa pada tarikh 21 December 2012 akan berlakunya kemusnahan dunia dan ALIEN lah satu-satunya makhluk yang akan datang membantu manusia menghadapi hari tersebut.
- Sebenarnya kiraan kalendar kaum Mayan telah habis selepas 21 December 2012 , itu lah sebab mereka membuat andaian bahawa dunia akan menghadapi kemusanhan dan alien akan tolong membantu .
2) Dikatakan Planet Nibiru atau Planet X akan menghampiri bumi lalu menyebabkan kemusnahan besar-besaran .
-Haa , ini memang telah disangkal oleh NASA . NASA mengatakan takkan ada mana-mana planet atau objek di angkasa lepas yang akan menghampiri bumi secara dekat hingga menyebabkan kerosakan pada dunia . Planet Nibiru dan Planet X tidak wujud pun dan rekaan semata-mata . Kalau betul ada planet sedang menghampiri Bumi sekrang ini , mestilah kita akan nampak planet tersebut sekarang oleh kerana saiznya yg besar .
3)Matahari,Bintang dan Bumi akan berada dalam satu garisan lurus lalu menyebabkan bumi akan bergelap pada 23 Dec-25 Dec .
-Nasa mengatakan tidak ada sebarang garisan lurus akan berlaku dalam beberapa dekad seterusnya dan jikalau ia berlaku pun ia tidak akan langsung memberikan apa-apa kesan pada dunia . Pernah berlaku pada 1962 , 1982 dan 2000 tetapi takda apa-apa kesan buruk terhadap bumi .
4)Terdapat spekulasi mengenai meteor atau asteroid yang akan melanggar Bumi pada 2012 .
-Nasa berkata , memang selalu ada cerita mengenai Bumi satu hari nanti akan dilanggar meteor dan asteroid yang akhirnya menyebabkan kematian manusia secara besar-besaran . Meteor dan Asteroid memang pernah masuk ke dalam Bumi tetapi secara kecil-kecilan shj . Paling besar pernah berlaku iala 65 juta tahun dahulu iaitu sewaktu zaman dinosaur ditamatkan . NASA juga selalu memerhati sebarang pergerakan Meteor dan Asteroid menghampiri Bumi dan keputusanya tidak ada yang membahayakan terhadap kita .
5)Diramalkan pada 2012 terdapat bahaya yang akan berlaku oleh aktiviti Solar Gergasi .
-Pihak NASA menjawab , aktiviti solar memang sentiasa berlaku setiap tahun dan kemuncaknya ialah setiap 11 tahun . Apabila aktiviti ini berlaku akan terdapat gangguan pada sistem alat telekomunikasi dan satelit , tetapi tidak lah sampai menganggu manusia .
sumber : SINI
So , macam mana ? Masih percaya lagi dengan "Hari Kiamat" ni ? Kalau tak percaya tu memang bagus lah tapi kalau sesiapa yg percaya , kita kena ingat sbg orang Islam , kita patutnya tahu tanda-tanda Hari Kiamat . Antara tanda-tandanya ialah Palestin akan merdeka , Nabi Isa akan turun ke Bumi . Belum berlaku lagi semua tu kan ? So , mestilah tak akan kiamat dan hanya ALLAH SWT je yg tau bile akan berlakunya Hari Kiamat bukan orang kampung Mayan tu . Selamat beramal :)
dia orang ni ntah apa-apa je kn. tk ada kerja langsung. seolah-olah nak menentang kekuasaan Allah , sebabnya diaorang bukan beragama Islam (agaknya) ... wallahualam...
ReplyDeleteYelah saya rase sbb dorang kan bukan orang Islam . Kalau orang Islam , mesti dorang dah tahu yg kiamat takkan berlaku selagi belum berlakunya tanda-tanda kiamat , contohnye turunya Nabi Isa .
Delete21 december dah lepas...mcm mna ye perasaan dorang sekarang..wahahahah
ReplyDeleteHaha , tulah pasal , kecoh kemain lagi kan , sekali tu bukanye jadi pape pun XD
Delete21.12.2012 dah lepas. agak-agak apa perasaan diorang. yang beli pods mahal-mahal tu. tak terasa membazir ke ? bhahaha
ReplyDeleteHaha , yelahh membazir je kan , pods tu bg main jadik bola sepak je larhh :P
Deletehari ni dh 22hb..kepercayaan dorg...kita org Islam mmg tak ptut percaya..Allah je tau bila nk kiamat..hehe
ReplyDelete#dorg egt bt pods bagai tuh boleh selamat dr kiamat ke?:)
Yela , Allah je yg tau kan . Dorang percaya dekat orang Mayan tu buat ape , dorang men tilik2 je , omputih cpt sgt percaya .
Delete#Buat pods harge beribu-ribu akhirnya mbazir jugak :)
pods tu kalo wat tempat lepak, best jugak uhhh... hehehe..
ReplyDeleteHahaha , boleh kak boleh . 48,000 dollar satu . harga yg berpatutan!
Deleteorang kafir..eii macam2 kan..
ReplyDeleteItu lah psl , macam-macam lah idea ngarut dorang . Huhu
Delete