Cik Yellow Nangka

Pages

Saya dah bertukar ke blog baru :)

Assalamualaikum semua.
Saya dah bertukar ke blog baru dan saya tak akan pakai blog ini lagi .
TOLONG JANGAN FOLLOW BLOG NI , KALAU NAK FOLLOW , FOLLOW BLOG : COOKIE KRUNCH
Saya akan delete blog ni nanti . 
Silalah berkunjung  ke blog Cookie Krunch yg baru (tapi design same je . huhu)

Blog Baru : Cookie Krunch

. Jangan risau sy mmg jenis follow org balik dan sy aktif berblogging. Tinggalkan pesanan di SHOUTBOX tau ! Senang sikit saya nak follow nanti . Hehe :) Lawat blog baru saya : BLOG BARU CLICK SINI <---Kalau sudi follow lahh blog ni , tiada paksaan tau !

Sedih .



Assalamualaikum .

Hari ni sedih sangat sebab blog ni ade something wrong kat HTML dan tak boleh guna lagi . Jadi saya akan bertukar ke blog : Cookie Krunch
Sebenarnya sama je kan link blog tu dgn blog ni ?
Jawapannya salah ! Url blog ni dah tukar kepada cookiekrunchie.blogspot.com dan blog satu lagi tu saya ambil URL blog yg dulunya blog ini iaitu cookiekrunch.blogspot.com .
Sekarang blog baru saya (url same je) sedang dibaiki . So kalau pergi tengok pun takde pape sebenarnya . Sedihh sangat rase sbb susah2 edit sane sini akhirnya tak boleh pakai lagi dah blog ni . Hmm , papepun nanti org yg saya pernah follow sebelum ni akan saya follow lagi sekali di blog baru saya . So , untunglah korang sebab ade 2 blog (org yg same,hehe) follow blog korang . Huhu .
Nak tidur dulu sbb esok bermulanya pengeditan di blog baru !

Jumpa lagi !

#SESIAPA YG FOLLOW SAYA DI BLOG BARU SAYA : COOKIE KRUNCH BARU AKAN SAYA FOLLOW BACK :)

Pulau Kucing Dan Pulau Arnab

Assalamualaikum

Hari ini saya nak tulis pasal Pulau Kucing dan Pulau Arnab . Ehh wujud ke pulau-pulau ni ? Atau pulau ni sekadar nama je ? 
Jawapanya ialah YA memang wujud pulau-pulau ni . Pulau Arnab dan pulau Kucing adalah antara pulau yang dimana jumlah haiwan lebih banyak daripada jumlah peduduk manusia .

1) PULAU KUCING

Spesialnya kucing kat sana


Kebanyakan manusia di negara-negara lain akan mengambil keputusan untuk mengkasi atau membuang ehem-ehem kucing tetapi tidak di Pulau Tashiro-Jima , Jepun atau lebih dikenali sebagai Pulau Syurga Kucing .  Pulau ini mempunyai penduduk seramai 100 penduduk tetap dan beratus ratus ekor kucing .

Ia bermula pada tahun 1800 apabila Pulau Tashiro-Jima merupakan tempat yangterkenal oleh nelayan untuk berehat semalaman . Kucing-kucing tersebut akan mengikut kemana sahaja nelayan itu pergi dan lama-kelamaan nelayan-nelayan tersebut pun terjatuh hati kepada kucing-kucing tersebut . Nelayan-nelayan itu juga melihat pergerakan dan tingkah laku kucing untuk menentukan ramalan cuaca dan pegerakan ikan di laut .
Mereka juga percaya dengan memberi makan kepada kucing-kucing tersebut akan meningkatkan hasil tangkapan mereka dan kepercayaan itu kekal sehingga kini .

Pada Mac 2011 telah berlaku gempa bumi dan tsunamiyang dijangka akan menenggelamkan pulau tersebut , Tetapi , (Alhamdulillah!) , penduduk tempatan dan kucing-kucing tersebut dapat mengharungi bencana tersebut dan hanya kekurangan makanan . Agensi yang berkaitan telah pun memberi bantuan kepada penduduk dan kucing-kucing tersebut .

Pada hari ini pulau Tashiro-Jima boleh dilawati dengan menaiki feri dan terdapat banyak kucing-kucing peramah yang akan menanti anda di sana - terutama kalau bawa makanan !


2) PULAU ARNAB


Pemandangan di atas ni selalunya kita nampak ada kucing/anjing tpi kali ni arnab pulak , kan ?
Pulau Arnab atau nama sebenarnya Pulau Okunushima adalah sebenarnya merupakan tempat dimana tentera Jepun menghasilkan gas beracun dan ditakuti ramai  , sehingga kini kita masih dapat melihat tinggalan kilang-kilang tersebut .

Pulau Okunushima merupakan antara pulau yang ramai dikunjungi para pelancong oleh keindahan alamnya tetapi kebanyakannya datang untuk memberi makanan kepada arnab-arnab tersebut .

Sebelum pulau Arnab ini mendapat namanya, pulau ini sebenarnya meupakan tapak untuk kilang-kilang menghasikan gas beracun . Pada 1929-1945 , kira-kira 6,000 dihasilkan di sana  dan penghasilanya dilakuksan secara rahsia. Selama 16 tahun , pulau Okunushima dilenyapkan dari peta dunia dan kebanyakan gas beracun tersebut digunakan dalam peperanan sewaktu Jepun beperang dengan China dahulu .

Terdapat dua versi bagaimana arnab di sana wujud dan berkembang ,dikatakan arnab-arnab tersebut sebenarnya dijadikan bahan ujikaji dann dilepaskan seleps Perang Dunia ke-2 tamat manakala versi kedua dikatakan bahawa sebuah rombongan kanak-kanak telah melepaskan 8 arnab pada 1971 .

Walauapapun versi yang dikatakan , arnab tersebut telah membiak dengan banyak dan sekarang ini mempunyai populasi lebih 300 ekor .

Walaupun  terdapat banyak arnab liar berkeliaran di pulau tersebut , kebanyakan arnab tersebut adalah jinak dan selalunya akan datang kepada manusia dan melompat di ata riba mereka . Mereka juga sangan gemarkan lobak merah dan kobis untuk dimakan .

Untuk keterangan lebih lanjut sila pergi ke : Lawatan ke Pulau Arnab


Perasan tak kedua-dua pulau ni berada di Jepun ? Mungkin orang Jepun adalah "animal lovers" . Insyallah , satu hari nanti saya nak melancong ke Jepun dan kedua-dua pulau ni akan ada di dalam senarai "A Place Must To Go" saya di Jepun . Terima kasih kerana membaca !

Kanak-Kanak Yang Dibela Dan Berkawan Dengan Haiwan

Assalamualaikum

Hari ini saya nak tulis pasal "Feral Children" atau kanak-kanak liar yang hidup dibela haiwan dan sepanjang mereka membesar mereka hanya berinteraksi dengan haiwan shj . Contohnya macam cerita Tarzan dan Mowgli . "Feral Children" ni juga bermaksud kanak-kanak ini membesar tanpa kasih sayang ibu bapa dan terasing dengan kehidupan manusia oleh kerana sikap ibu bapa yg tidak mahu menerima kanak-kanak tersebut sbg anaknya .
Sebenarnya ada beratus-ratus kejadian macam ini berlaku tetapi ini adalah antara yang popular :

 Dina Sanchar , Budak Lelaki Serigala India

Selalunya kanak-kanak yang tinggal/dibela bersama haiwan susah untuk berjalan dan berdiri spt manusia wlpun diajar.
Ditemui pada 1867 dan dijumpai pada umur 6 tahun di Sekandra , India . Dia tinggal bersama sekumpulan SERIGALA selama 6 tahun sebelum dijumpai oleh penduduk . Dina Sanchar dianggap sebagai kanak-kanak yg menghadapi masalah mental sejak kecil lagi . Dina pertama kali dilihat di hutan Bulandshahr apabila pemburu ternampak seorang kanak-kanak lelaki berjalan menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya bersama sekumpulan serigala berjalan masuk  ke dalam sarang serigala tersebut . Lalu pemburu tersebut menembak sekumpulan serigala tersebut dan mengambil Dina .
Pada mulanya memang ketara melihat setiap perbuatan dan perangainya sama seperti haiwan liar . Setiap kali dia memakai baju dia akan mengoyakkan baju tersebut dan makan makanan di lantai atau di atas tanah . Akhirnya Dina dapat dipisahkan daripada makan daging mentah kepda daging yang dimasak tetapi dia tidak pernah belajar bercakap .
Dia akhirnya mati pada 1895 kerana ketagih tembakau . (Kebanyakan kanak-kanak liar cepat mati bila ditukarkan menjadi manusia biasa , mungkin jadi manusia negatif kot , hehe)

Daniel , Budak Kambing Andes


Ditemui pada tahun 1990 dan dijumpai pada umur 12 tahun di Andes , Peru . Dibela oleh kambing selama 8 tahun . Daniel dikatakan hidup dengan meminum susu kambing tersebut dan memakan beri liar dan akar (taktau lah akar ape) . Oleh kerana hidup bersama haiwan  dia dapat dilihat mempunyai perwatakan seperti haiwan liar . Daniel berjalan menggunakan tangan dan kakinya . Tapak tangan dan kakinya menjadi keras kerana ia telah bersifat menjadi kuku kambing . Daniel juga dikatakan dapat berkomunikasi dengan kambing tersebut dan tidak dapat bercakap bahasa manusia .

Pravda , Budak Burung di Russia

Pravda

Pravda dianggap sebagai salah satu kes kanak-kanak yang disisihkan oleh ibunya sendiri .Dia tinggal di dalam sebuah sangkar bersama burung-burung peliharaan ibunya . Pekerja sosial yang menyelamatkan kanak-kanak ini , Galina Volkskaya , mengatakan ibunya tidak pernah memukulnya atau tidak pernah tidak memberi makan kepada anaknya. Ibunya cuma tidak mahu bercakap denganya . Ini menyebabkan dia tidak tahu cara berkomunikasi dengan manusia dan sepanjang hidupnya dia hanya berkawan dengan burung oleh kerana itu dia hanya tahu berkomunikasi bahasa burung-burung tersebut .
Apabila Galina cuba bercakap dengan Pravda , dia hanya tau menyebut "chirps" dan mengibar-mengibarkan tangannya seperti seekor burung .
Sekarang dia ditempatkan di pusat psikologi untuk membantu pemikiran dan perbuatannya menjadi seorang kanak-kanak yang normal kembali .



Ivan Mishukov , Budak Anjing Di Russia

Ivan pada tahun 1998
Ivan pada tahun 2010
Ini ialah kisah "favourite" saya .
Selepas jatuhnya era pemerintahan Komunis di Russia , ekonomi di sana telah jatuh dan terdapat ramai orang yang kehilangan tempat tinggal dan tinggal di tepi-tepi jalan , kebanyakannya adalah kanak-kanak . Tetapi Ivan bukanya seorang kanak-kanak gelandangan tetapi dia sendiri yg mengambil keputusan untuk meninggalkan rumahnya pada usia 4 tahun . Ibunya yang sering bergaduh dengan ayahnya yang seorang pemabuk tegar menyebabkan Ivan meninggalkan rumahnya yg kacau-bilau .
Ivan tinggal di tepi jalan dan menyara hidupnya dengan meminta makanan daripada org yg lalu-lalang . Selepas berjaya mendapatkan makanan dia akan mengagihkan sebahagian drpd makananya kepada sekumpulan anjing utk mendapatkan kepercayaan mereka (pandai kan?) . Selepas beberapa lama , anjing-anjing tersebut percaya kepadanya lalu berkawan dengannya dan percaya akan dirinya . Akhirnya , anjing tersebut mengangkat dia sbg ketua mereka .
Ivan selalunya akan menjadi peminta sedekah makanan dan mengagihkan kepada anjing-anjingnya . Sebagai pulangann , sekumpulan anjing tersebut akan tidur bersama Ivan untuk menghangatkanya pada musim sejuk yang panjang di Russia . Anjing itu juga akan menyerang pencuri atau penjahat yang cuba mengapa-apakanya .
Selepas beberapa tahun , polis mendapat tahu mengenai kehidupan Ivan dan cuba menangkapnya tetapi cubaan 3 kali polis tersebut tidak pernah berjaya kerana Ivan selalu berjaya meloloskan diri dan anjingnya sentiasa menjaganya. Akhirnya , Ivan berjaya dipisahkan daripada anjing tersebut . Polis mengumpan anjing tersebut ke dalam restoran dan memberikan mereka makanan . Sayangnya semua anjing tersebut ditembak mati termasuk anjing kegemaranya , Belka . Selepas itu dia ditempatkan di rumah anak yatim . Ivan mengatakan ia adalah pengalamanya yg paling buruk kerana sering dibuli di sana . Sekarang , Ivan tinggal seperti manusia biasa tetapi sentiasa merindui anjing-anjingnya .

Seorang kanak-kanak di Romania pada 2007 bernama Traian Caldarar juga ditemui tinggal bersama anjing selama tiga tahun , perbezaan antara Traian Caldarar dan Ivan Mishukov ialah Ivan tidak berjalan seperti seorang anjing manakala Traian berjalan dan perbuatanya amat sama seperti seekor anjing .

Traian Caldarar yang berumur tujuh tahun tetapi mempunyai badan seorg kanak-kanak tiga tahun .


 John Ssebunya , Budak Monyet di Uganda 

Pertama kali dijumpai pada tahun 1991
Dah besar
John Ssebunya dijumpai pada tahun 1991 di Uganda semasa berumur 6 tahun . Dia yang dianggap sebagai Tarzan sebenar tinggal bersama sekumpulan monyet jenis "green verbet" selama tiga tahun . John lari ketakutan ke dalam hutan selepas melihat kejadian ayahnya membunuh ibunya  . Dia berasa sangat takut sehinggalah sekumpulan monyet memberikan dia makanan dan bermain-main denganya . Mereka bukan shj menerima John tetapi juga mengajar dia semua adat-adat mereka dan cara untuk hidup di dalam hutan .
Dia dijumpai sewaktu seorang penduduk kampung bernama Milliie ternampak dia sedang menyorok di atas sepohon pokok . Lalu , perempuan itu memberitahu penduduk kampung yang lain mengenai John . Cubaan mengambil John agak susah kerana monyet-monyet tersebut membaling ranting-ranting pokok dan batu , mempertahankan John . Selepas berjaya mengambil John , dikatakan mempunyai banyak kesan calar dan luka-luka di badan .John juga dikatakan sangat kurus dan apabila dia membuang air besar mereka telah menjumpai cacing sepanjang setengah meter . Lama kelamaan dia diajar bercakap dan diambil oleh Paul dan Molly Wasawa yang menubuhkan rumah anak-anak yatim . Sekarang John telah menyertai sebuak kelab koir yang terkenal dan menyanyi di Olimpik . Dia bercita-cita untuk berkahwin dan membina sebuah keluarga.


Oxana Malaya , Budak Anjing di Ukraine





Oxana Malaya adalah seorang kanak-kanak yang dsisihkan oleh ibu bapanya . Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya pada umur 3 tahun hingga 8 tahun di belakang rumahnya di dalam kandang anjing . Ibu bapa Oxana yang pemabuk  tidak dapat menjaga Oxana dengan baik , ini menyebabkan mereka menyisih dia .Oxana tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai banyak anjing liar dan dia juga tinggal bersama anjing-anjing tersebut di belakang rumanya . Hubungan Oxana dan anjingnya sangat utuh , ini dpt dibuktikan apabila pihak berkuasa cuba mngambil Oxana pada 1991 , anjing tersebut menyerang pihak berkuasa dan menyebabkan cubaan tersebut gagal . Apabila cubaan mngambil Oxana berjaya , dia dikesan mempunyai daya deria rasa dan pendengran yang tajam . Dia juga mempunyai sifat-sifat anjing dan berjalan menggunakan kaki dan tanganya . Dia juga hanya tau perkataan "ya" dan "tidak" sahaja .
Pada tahun 2010 , Oxana yg berumur 26 tahun yang sekarang ini bekerja di sebuah klinik dan tinggal di sebuah rumah kurang upaya mengatakan , dia berasa sangat gembira apabila bersama anjing-anjingya .

Cube tengok video kat bawah ni , memang ada sifat-sifat anjing kan ?




Maaf penggunaan ayat skema , sebab saya pun bukan tau sangat guna ayat-ayat best . Kalau boring , sorry lah , hehe . Sebenarnya banyak lagi kes-kes macam ni tetapi saya hanya mengambil kes yang popular sahaja . Paling banyak kes-kes kanak liar ini kebanyakannya di Russia dan kebanyakanya di bela oleh anjing , kedua banyak monyet. Tak tahulah kenapa . Haiwan pun tau jaga anak tau , buat malu je untuk manusia yang diberi akal oleh Allah SWT membuang anak sendiri dan membiarkan anaknya berjuang sendiri untuk hidup . Diharapkan Malaysia takdelah kejadian-kejadian macam ini . Insyallah . Ok ,penat tulis ni , harap semua orang gembira membacanya  :)
❤ COPYRIGHT OF COOKIEKRUNCH . BLOGSPOT . COM ❤ OWN BY MISS ENA